Wink-wink


Draf sebelum posting bagi seseorang yang masih lagi memegang title blogger yang hobinya suka berblogging ketika lapang, sibuk mahupun ketika takde kerja amat diperlukan, Kerana draf amat berguna bila kita berhasrat untuk mengeluarkannya apabila betul-betul bersedia untuk dikeluarkan atau memang patutpun dikeluarkan.

Sebagai blogger dalam pelbagai platform, draf amat penting digunakan bila post itu menungu masa untuk dikeluarkan, ataupun masih terdapat benda yang perlu dimasukkan, diperbaiki atau memang xde idea kenapa perlu dikeluarkan.
tetapi, keadaan akan jadi sebaliknya jika draf yang kita buat itu mengambil masa yang agak lama untuk dikeluarkan.

Aku mengambil masa beberapa minggu untuk membuat kajian secara kliknikal haha.. (tak pasti kajian apa) dan beberapa lagi orang yang merelakan diri untuk memberitahu bahawa beliau juga senasib macam aku, kerana draf yang ditinggalkan itu sudah pun expire. Lalu.. 6 sebab ini juga menjadi punca kenapa benda ini berlaku. Adakalanya iainya mungkin pernah terjadi kepada anda.. anda dan anda.





1. Event itu sudahpun berlalu


Ramai blogger-blogger yang suka memastikan draf mereka perlu dipublishkan bila kena pada event tertentu, tetapi.. event yang sudah berlalu beberapa hari menyebabkan draf yang ingin dipublish mengambil masa yang agak lama untuk dikeluarkan. Jadi.. mereka pun merasakan, “haaa.. buatla post lain”

2. Perasaan “Nak post ke taknak”

Memang pun, memang tak dinafikan, terdapat beratus billion pengguna blogger dari pelbagai platform ingin menyampaikan sesuatu tentang dirinya, namun mungkin ada diantaranya masih lagi ragu-ragu.. sungguh ragu-ragu sekali sehinggakan keraguan itu mengangu emosi diorang dan terus menyatakan “Nak post ke taknak, xpelah simpan la dulu” atau lain-lain ayat yang kreatif.

3.Draft dah expired

Draf yang dah expired atau dalam bahasa sanskrip draf yang dah basi.. emm.. ape ape lah, mungkin kejadian ini sering berlaku bila tarikh yang ditetapkan untuk keluar sudah pun dilintasi oleh post yang sudah keluar, sebagai contoh yang best.. kita dah keluarkan 16 post yang baru dan masih lagi tidak post draf yang ke 16 sebelumnya, jadi iainya dipanggil Expired draf. xtaula, nak panggil ape.

4. Post tu mungkin sudah dikeluarkan


Inila yang tak bestnya, bila kita dah buat draf simpan lama-lama, mesti kita nak simpan dulu dan keluarkan bila perlu, lepas tu kita pun stat blogwalking kat mana-mana yang kita suka, kadang-kadang masa tengah syok berblogwalking, kita mesti ternampak, terbaca, tertekan posting yang hampir sama postingnya dengan draf  kita.. oleh sebab perasaan kita yang gemuruh, segan dan macam-macam lagi menyebabkan draf itu mengambil masa untuk dikeluarkan ataupun mungkin tidak dikeluarkan.

5. Buntu

Tak sama macam Ubuntu, buntu disini lebih kepada pengharapan kita untuk mengeluarkan posting tersebut, bila draf yang kita nak postkan itu sudah kekurangan idea, tak cukup sumber, perengan tak habis dan macam-macam lagi menyebabkan kita buntu.. buntu ingin mengeluarkan post baru itu.

6. Sibuk Bagai Nak Rak..


Sibuk bagai nak rak adalah sibuk yang paling extrem haha..  emm, kadang-kadang tak semua blogger mempunyai masa yang cukup untuk berblogging sepanjang masa, tak kira walau dimana jua anda berada, kerana masa sibuk pasti mengejar anda. Samada sibuk dengan kerja, jaga anak, baby baru dah keluar atau lain-lain... iainya pasti membuatkan anda membiarkan draf berlalu begitu lama. Sebagai contoh kawan anda mamat(bukan nama sebenar) adalah pelajar yang paling top beliau juga kadang2 sibuk untuk menguruskan masa berblog.. jadi dia tinggalkan dahulu draf tu lama-lama..maka habislah ia...


Kenapa?


Sama ada iainya sudahpun ditulis, event sudah pun berlalu atau buntu mencari jalan.. kita sebagai blogger tidak boleh terlalu cepat membiarkan sesuatu yang bernilai berlalu begitu sahaja, selagi mana iainya hasil daripada kerja tangan  dan buah pemikiran kita sendiri kita masih mempunyai peluang untuk memerlihatkan pandangan dan penilaian kita  kepada orang ramai. Bukanlah suatu kerja yang mudah daripada kita sendiri untuk mengeluarkan sesuatu yang lain dari yang lain.



Mungkin Penyelesaiannya……

BILA SEMUANYA CLEAR, POST JELA DRAF ITU… he-he-he..

or

Menentukan masa yang sesuai bila post itu akan dikeluarkan. Bagi pengguna blogger anda boleh pergi disini
Edit Posts >> Post Options >> Post date and time > Scheduled at : (tetapkan masa yang ingin dikeluarkan)

***************************************


Aku tak pasti kot kot ada lagi penambahan yang ingin dikongsikan disini hehe

or

Jawapan untuk semua ni..


Assalamualaikum, and Hi!
I love played with CSS and sometimes I do some Creative media stuff, I hope you enjoy this post, click like, tweet and share it with ur friends too. Don't forget to drop some comment below.
Readmore Here..

Jangan lupa vote ^ komen yang terbaik ya :D

Phewww~
PageRank

Terjah Top Post Minggu nie

For Business query Mail me at


Bloggers.com - Meet Millions Bloggers

Bloggers.com - Meet Millions Bloggers

Design & Coding by : diden | 70% CSS Nak copy boleh, asal tinggalkan kredit |